Saturday, May 8, 2010

Perjalanan Menerangi Pelita Kehidupan Ku

Rasa macam baru sahaja kaki ku ini menjejak bumi Saudi Arabia. Rupa-rupanya sehingga ke hari ini sudah hampir 2 bulan lamanya tidak ku jejak lagi bumi itu. Kenangan selama hampir 15 hari di sana sangat indah dan sangat bermakna dalam hidupku. Memang telah ku pasangkan impian untuk ke sana seawal usia muda namun, perancangan itu hanya "diluluskan" oleh Yang Maha Esa apabila usiaku genap 10950 hari. Alhamdulillah.

Perjalanan menaiki Pesawat Saudi Airlines sangat menguji kesabaranku. Dengan ruang pesawat yang terhad telah memaksaku untuk berkongsi tempat dengan warga Arab Jati yang bersaiz sepertiku juga. Namun, tetap sabar kerana ini mungkin ujian Allah terhadap segala kesenangan dan keselesaan yang telah ku rasa sepanjang berada di bumi Malaysia selama ini. 8 jam lamanya, barulah tiba. Alhamdulillah, mujur ada rancangan rancangan menarik untuk ditonton selama berada di dalam pesawat. Hampir selama 8 jam tersebut aku sempat menonton beberapa filem menarik seperti Transformers, X-Men, Mr Bean dan banyak Lagi.


Tidak dilupakan juga, aktiviti berzikir memuji kekusaan Yang Maha Esa dan Ayat Ayat suci Al-Quran yang sentiasa berkumandang di sana sini di dalam pesawat tersebut. Pesawat ini juga mempunyai ciri ciri keIslaman yang sangat tinggi. berbangga aku jadi seorang penumpang yang beragama islam keraan setiap kali Kapten Penerbangan akan mengingatkan waktu waktu solat yang sudah masuk mengikut kawasan kawasan yang sedang dilalui oleh pesawat ini. Lebih menyeronokkan ialah apabila kita dapat mengetahui di mana arah kiblat untuk memudahkan solat. Sangat teruja ketika itu untuk mempraktikkan ilmu yang diajar oleh Ustazah Saniah (Ustazahku ketika berada di tingkatan 3). Ustazah ada mengajar tentang cara cara bersolat dalam keadaan sakit, dalam penerbangan, sewaktu peperangan dan sebagainya. Ilmu itu sungguh tidak sia sia dan tak sangka, sekali lagi aku mempraktikkan ilmu tersebut setelah sekian lama tidak bersolat di dalam pesawat penerbangan.


Meskipun saiz pesawat dan tempat duduk agak kecil bagiku, namun Alhamdulillah makanan yang disediakan sepanjang 8 jam tersebut sangat mewah dan menarik. 6 kali makan dasesunggihnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Lazat makanannya meskipun menu dan citarasa makanan adalah berunsurkan Timur Tengah namun, ia tetap lazat.

Teringat pula makanan-makanan yang pernah ku jamah ketika menuntut di Universiti islam Antarabangsa suatu ketika dahulu. Menunya tidak banyak beza. Jadi, bagiku, ini semua tidak menjadi masalah. Makan saja.

Setelah hampir 8 jam duduk dan merayau rayau di dalam pesawat sambil menonton filem filem Barat, akhirnya satu pengumuman mengejut buat pertama kali telah kudengari. Agak asing kerana selama ini, apabila menaiki pesawat penerbangan tak pernah pulak aku dengar pengumuman sebegini. Setelah diteliti dengan berhati hati barulah kufaham bahawa, kapten bertugas ingin mengingatkan bahawa, dalam beberapa minit, pesawat akan melepasi kawasan garisan MIQAT iaitu kawasan berniat Haji dan Umrah serta kawasan di mana kita perlu menukar pakaian kita kepada pakaian "ihram".


Tatkala itu juga, aku melihat ada beberapa penumpang tiba tiba bangun dan bergerak ke sana ke mari mengambil beg dan bagasi mereka. Keadaan agak kecoh. Aku bertanya kepada seorang pramugari bernama "salina" berwarganegara Filipina dan beagama Islam. "kenapa semua orang jadi kelam kabut ni? Ada apa apa masalah?". dengan tersenyum dia menjawab "Jangan risau encik. Keadaan ini dah menjadi kebiasaan apabila ada penumpang yang akan terus ke Mekah apabila tiba di jeddah nanti. Justeru. mereka perlu memakain "ihram" mereka di dalam pesawat". Oooooo barulah aku faham. Lantas aku tersenyum sorang sorang. Sungguh manis pengalaman ini. bertahun tahun menaiki pesawat, ini yang pertama kali. Best. Selepas itu, secara tiba-tiba juga semua filem barat yang sedang ditonton hilang dan "screen" menjadi gelap....dan sesuatu telah muncul iaitu satu peringatan bahawa kawasan MIQAT dan BERIHRAM sedang dilalui oleh pesawat. AKu tersenyum lagi dan apabila aku menoleh ke kiri dan ke kanan, kelihatan semua penumpang yang "kecoh" tadi sudah berbalut "putih" sambil mata mereka terpejam dan mulut mereka "terkumat-kamit". Aku percaya mereka sedang berniat IHRAM dan membaca semua doa IHRAM yang telah diajarkan kepada mereka sebelum ini.

Sayup-sayup di luar jendela pesawat, sudah kelihatan suasana semakin suram. Ini menandakan bahawa, waktu di Bumi Arab sudah hampir ke waktu malam. AKu juga dapat merasakan bahawa, pesawat agak condong (seperti biasa apabila waktu mendarat sudah tiba". Aku melihat jam, waktu di Malaysia sudah Jam 11.30 malam dan waktu di Saudi Arabia baru jam 6.30 petang. Fahamlah aku bahawa, waktu di Malaysia awal 5 jam berbanding waktu di Saudi ini.

Di luar jendela juga, sudah kelihatan awan awan tebal hampir hilang dan kini berganti kepada sesuatu yang amat menyentuh perasaan aku. Nak tahu apa? Semestinya ia adalah, bumi Jeddah. Ya...bumi Jeddah sudha kelihatan dari atas. Jauh nun ke bawah kelihatan bumi jeddah yang semakin suram dan disinari cahaya-cahaya neon. menurut seorang penumpang lain bernama Majid M.K (rakan sebelah tempat duduk ku yang berbangsa Arab), sekarang waktu musim sejuk atau salji. Ini bukan pertama kali aku menjejakkan kaki ke suatu tempat dalam musim sejuk, tetapi kali ini memang sitimewa. Sangat sangat teristimewa. Kalau aku boleh menjerit tatkala nampak bumi Jeddah, sudah lama aku menjerit macam orang gila dalam pesawat tu. Tapi bila tengok semua orang tenang, aku menjerit dalam hati jer. Berlagak seolah olah baru pertama kali (memang pertama kali pun ke Arab Saudi ni), aku dengan ringan mulut bertanya kepada rakan sebelah tempat duduk ku. "Eh, kita dah sampai ker ni? lamanya nak sampai. Aku rasa, kalau mamat Arab sebelah aku ni bukan jenis yang penyabar, mahu aku "ditumbuk" dia. maklumlah, setiap satu jam aku akan bertana dia "kita lama lagi ker nak sampai?". Tapi aku respek dia sebab dia penyabar dan senyum melayan pertanyaan aku. Biasalah, orang Islam. mesti penyabar, beriman dan berhikmah serta baik kepada saudara seIslamnya. Waktu ni, aku sangat bersyukur pada Allah kerana melahirkan aku sebagai seorang Muslim. bersyukur sangat.

Aku tanya lagi kat mamat Arab ni " kenapa macam dah gelap jer? Tapi baru pukul 6 lebih?". Dengan tersenyum dia jawab, "Oooo. Sekarang ni musim sejuk dan sesetengah tempat di Saudi ada salji. Sebab tulah gelap cepat. Justeru, waktu Malam agak panjang berbanding waktu siang. Patutlah aku lihat, cuaca dan suasana Jeddah dari angkasa seperti sudah larut malam meskipun jam menunjukkan pukul 6.30 waktu tempatan. Majid cakap, "kalau musim sejuk, selalunya jam 4.30 dah Maghrib". Ooooo patutlah, aku berkata di dalam hati. Begitu rupanya. Seolah olah ini pengalaman pertama menjejakkan kaki di sesuatu tempat di dalam musim sejuk. terlupa semua pengalaman lalu dek kerana keterujaan nak menjejakkan kaki ke Bumi Arab ini.

Akhirnya, penantian yang menyeksakan itu muncul juga. "Alhamdulillah, sampai juga aku ke Bumi Arab ni. terima kasih Allah"...itu yang aku ingat aku cakap dalam hati tatkala Kapten suruh kami semua para penumpang memakai tali pinggang keselamatan. Bila pesawat semakin condong, aku lihat di luar jendela, bumi semakin hampir dan akhirnya semuanya selamat mendarat di Lapangan terbang Sultan Abdul Aziz, Jeddah. Maka bermulalah diari hidupku sebagai "tetamuNya". Sangat teruja. Semoga semuanya sukses dan dipermudahkan Allah. Sebelum beredar pergi ke kaunter imegresen, aku dan Majid bertukar nombor telefon dan bertukar kad kami. Alhamdulillah sehingga ke hari ini kami masih berhubung di antara satu sama lain. Seronoknya, ya Allah tidak tergambar. masih banyak lagi yang akan aku hadapai selama di Bumi Arab saudi ini. Terasa debaran jantung aku semakin kencang, tak tahu apa yang menanti di hari hari hadapan sepanjang di sini. Semoga Allah merahmati ku. Aminn Ya Rabbal 'Alamin.


No comments:

Post a Comment