Monday, May 3, 2010

Interview

Jam 10.00 pagi: Open Universiti Malaysia telah menghubungi aku. Kata mereka aku terpilih untuk menjadi Fasilitator bagi Program Master mereka. Ya Allah, jika ini rezeki ku, maka aku redha. Dah lama tak mengajar master nih. Rasa kekok pulak nak menggunakan komunikasi secara online dengan pelajar pelajar sarjana. memang aku ketahui, rakan rakan telah memberitahu akan cabarannya mengajar OUM ini. Ada juga yang "quit" semata mata kerana pentadbiran kelas dan kuliah dilakukan secara online. Tapi aku tak pasti samada aku dah cukup bersedia untuk semua ini dengan kesakitan yang aku sedang tanggung ni, mampukah aku melaksanakan tugas seperti yang diinginkan oleh pihak OUM? Risau juga,

Pengalaman mengajar di sebuah kolej swasta yang ditadbir oleh Cina di Kuala Lumpur, aku seakan akan sudah merasa serik untuk mengajar lagi terutamanya mengajar individu individu yang tidak menghormati guru atau menghormati ilmu. Pengalaman pahit di kolej tersebut amat menyedarkan aku bahawa, warna kulit dan bangsa penting bagi sesetengah penuntut kolej swasta. Mereka lebih rela diajar oleh bangsa mereka sendiri dan lebih selesa jika seorang pensyarah itu berkomunikasi dengan mereka menggunakan bahasa Mandarin. Lebih faham dan lebih jelas. Aku? Manalah tahu berbahasa Mandarin. Hanya fasih berbahasa Inggeris, Arab dan bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu. Tapi bagi pelajar pelajar ini, aku tidak layak mengajar sebab aku menggunakan bahasa Inggeris, walhal ramai anatara mereka "kantoi" bahasa ini ketika di sekolah dahulu. Kita ni, hanya mengikut arahan pentadbir kolej untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar bahasa komunikasi. Jadi, sepatutnya pelajar yang diterima masuk perlulah ada kemahiran berbahasa inggeris. Tapi di kolej ini, terbalik pulak jadinya. Sampaikan pelajar pelajar cina di kolej ini membuat laporan mengatakan bahas dan cara pengajaranku "tahap dewa".

Adakah nanti di OUM pun begitu juga? seram sejuk rasanya.....memang seronok bulan bulan dapat extra income dalam poket ni...tapi bila mengenangkan masa yang dihabiskan serta tekanan yang bakal dihadapi, risau pulak rasanya. ya Allah kuatkanlah semangatku ini, jika ini yang terbaik untuk diriku, aku redha.

No comments:

Post a Comment